The Ocean Cleanup

The Ocean Cleanup ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan alam sekitar dari Belanda yang membangunkan teknologi untuk membersihkan pencemaran plastik dari lautan. Pertubuhan ini ditubuhkan pada 2013 oleh Boyan Slat serta merupakan CEO bagi pertubuhan ini.Pertubuhan ini menjalankan kajian saintifik berkenaan dengan pencemaran plastik di lautan. Pertubuhan ini telah menjalankan dua buah penjelajahan di Gir Pasifik Utara dan menerbitkan kajian-kajian saintifik. Kaedah pembersihan mereka menggunakan penghadang untuk mengumpulkan sampah lautan ketika penghadang ditolak oleh angin dan arus.Projek mereka mempunyai matlamat untuk melancarkan 60 buah sistem di kawasan itu pada 2021.[2][3][4] Pertubuhan ini menjangka bahawa sistem ini dapat membersihkan 50% sampah di tompok sampah Pasifik dalam masa lima tahun.Pada lewat Oktober 2019, pertubuhan ini merasmikan satu inisiatif baharu, The Interceptor yang bertujuan untuk mengekang pencemaran plastik di sungai sebelum merebak ke kawasan lautan. Rancangan mereka ialah mengelakkan 80% sampah lautan dari 1000 batang sungai di seluruh dunia.[5][6][7]

Rujukan

WikiPedia: The Ocean Cleanup http://www.theoceancleanup.com/about.html //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=T... //www.worldcat.org/issn/1059-1028 https://www.forbes.com/sites/jeffkart/2018/12/05/t... https://nationalpost.com/pmn/environment-pmn/dutch... https://www.theguardian.com/environment/2018/sep/0... https://theoceancleanup.com/rivers/ https://www.theoceancleanup.com/ https://www.wired.com/story/ocean-cleanup-intercep... https://news.yahoo.com/dutch-foundation-launches-p...